Sunday, 2 December 2018

Al-Imran Ayat 28

3.3.28 
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 28:

.
Ringkasan tafsir;

Lantaran contoh dan tauladan yang telah diberikan oleh Allah dalam kitab ini, tentang kekufuran orang kafir munafik dan sebahagian ahli kitab. Maka Allah telah memberi peringatan amaran kepada umat Islam supaya berhati-hati dengan mereka agar mereka itu tidak menganiayai orang-orang Islam ;-

Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang kafir itu menjadi pemimpin dengan meninggalkan orang-orang Mukmin, dan sesiapa yang berbuat demikian maka tiadalah ia daripada agama Allah sedikit jua pun, kecuali jika kamu takut kepada mereka oleh sesuatu yang ditakutkan. Allah akan mempertakuti kamu dengan Allah dan kepada Allah tempat kembali. Oleh itu orang Mukmin ditegah melantik orang kafir menjadi ketua pemimpin mereka, barang siapa daripada kamu mepertuankan mereka, maka sesungguhnya itu adalah daripada kalangan mereka.  Menolak bencana itu mestilah didahulukan daripada menarik perkara yang mendatangkan faedah kepada umat Islam.


.
[previous] [next] [home] 



.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3 
Terjemahan,
21~30,
 [GS]
https://sites.google.com/site/n22bayu/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      


No comments:

Post a Comment