Tuesday 4 December 2018

Al-Imran Ayat 30

3.3.30   
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 30:



.
Ringkasan tafsir;


Allah memperingatkan dan mengulangi dan mempertakuti kepada Mukmin dengan seksa diakhirat bagi memperkuatkan amaran Allah.  

Maka berjaga-jagalah dihari kiamat nanti tiap-tiap seorang mendapati amalan mereka yang baik didunia tersedia dekat dengan kegembiraan dan dapat menikmati nikmat syurga. Ada pun mereka yang berbuat jahat itu berasa celaka dan dijauhi sejauh-jauh dari nikmat syurga.

.
[previous] [next1>Al-Imran 31] [next2>Al-Baqarah 30] [home]


.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3
Terjemahan,
21~30,
 [GS]
https://sites.google.com/site/n22bayu/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      


Monday 3 December 2018

Al-Imran Ayat 29

3.3.29
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 29:

.
Ringkasan tafsir;

Allah memperingatkan kepada Mukmin, bahawa jauhkanlah diri daripada menderhakai Allah dan jangan melantik mempertuankan orang kafir yang jelas mereka itu musuh Allah.

Allah mengetahui isi dada kamu yang berhasrat melantik orang kafir dan bermesra hingga miring kepada kufur, Allah akan balas berdasarkan pengetahuan Allah yang meliputi keseluruhan langit dan bumi, Allah pencipta dan lebih tahu dan berkuasa untuk memberi seksa.

Allah akan memaafkan kamu sebagai orang yang tidak berdosa kepada hati-hati mereka yang tenteram dengan keimanan, kerana pembalasan Allah itu berdasarkan kepada pengetahuan Allah.


.
[previous] [next] [home]


.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3  
Terjemahan,
21~30,
 [GS]
https://sites.google.com/site/n22bayu/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      



.

Sunday 2 December 2018

Al-Imran Ayat 28

3.3.28 
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 28:

.
Ringkasan tafsir;

Lantaran contoh dan tauladan yang telah diberikan oleh Allah dalam kitab ini, tentang kekufuran orang kafir munafik dan sebahagian ahli kitab. Maka Allah telah memberi peringatan amaran kepada umat Islam supaya berhati-hati dengan mereka agar mereka itu tidak menganiayai orang-orang Islam ;-

Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang kafir itu menjadi pemimpin dengan meninggalkan orang-orang Mukmin, dan sesiapa yang berbuat demikian maka tiadalah ia daripada agama Allah sedikit jua pun, kecuali jika kamu takut kepada mereka oleh sesuatu yang ditakutkan. Allah akan mempertakuti kamu dengan Allah dan kepada Allah tempat kembali. Oleh itu orang Mukmin ditegah melantik orang kafir menjadi ketua pemimpin mereka, barang siapa daripada kamu mepertuankan mereka, maka sesungguhnya itu adalah daripada kalangan mereka.  Menolak bencana itu mestilah didahulukan daripada menarik perkara yang mendatangkan faedah kepada umat Islam.


.
[previous] [next] [home



.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3 
Terjemahan,
21~30,
 [GS]
https://sites.google.com/site/n22bayu/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8